Tuesday, February 23, 2010

WANITA OH WANITA

Assalamualaikum… Mari ikuti kisah ini.

Di dalam kelas KAFA kedengaran perbualan antara ustazah dan beberapa orang anak muridnya:

Ustazah: Assalamualaikum semua…
Pelajar: Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ustazah.
Ustazah: Baik semua boleh duduk dan baca doa.

Kelas pada hari itu berjalan seperti biasa. Selepas mengaji kelas diteruskan dengan pembelajaran Fardhu ain pula seperti aqidah, ibadah, sirah, akhlak dan sebagainya.

Ustazah: ok, ustazah nak kamu semua buka buku Aqidah muka surat 5. Ustazah nak
kamu baca sendiri dulu lepas tu ustazah nak soal sorang-sorang, boleh?

Pelajar: Boleh ustazah, tapi ustazah janganlah tanya soalan yang susah-susah nanti
kitorang terkial-kial nak jawab.

Ustazah: ok.

Semua pelajar masing-masing sibuk membaca, bimbang soalan yang bakal diberikan tidak dapat dijawab dengan baik.

Tiba-tiba…

Syaif: Ustazah-ustazah, kenapa ustazah tanggal cermin mata?
Ustazah: Tak de apa lah, ustazah cuma penat sikit, kalau pakai cermin mata rasa macam
lagi penat. Sebab tu ustazah tanggalkan sekejap.
Syaif: ooo.. macan tu.
Zaakimi: Ustazah, ustazah nampak lain lah kalau tak pakai cermin mata.
Ustazah: Lain? Kenapa pulak? Ustazah bukan tanggalkan muka ustazah, macam mana
boleh jadi lain?
Zaakimi: lain sebab dah tak de penghalang. Sebelum ni kitorang tak boleh tengok mata
ustazah sebab cermin mata halang. Sekatang baru nampak mata ustazah yang
betul-betul.
Ustazah: Ish kamu ni ada-ada je, mana ada beza. Dah-dah baca, sekejap lagi ustazah nak
tanya.

Kelas senyap seketika..

Tiba-tiba..

Syaif: Ustazah, hari tu kan saya ikut ayah pergi masjid dengar ceramah. Dalam
ceramah, ustaz tu kata lelaki ni boleh jadi lemah bila pandang mata perempuan.
Sebab tu ramai lelaki bila bercakap dengan perempuan dia tak pandang mata.
Syukrie: ha ah betul ustazah, saya pun pergi dengar jugak. Kenapa lelaki lemah bila
pandang mata perempuan ustazah?
Syaif : Eh tak kan x dengar ustaz tu cakap hari tu sebab mata hitam perempuan lebih
besar dari mata hitam lelaki..
Ustazah: mmm, betul lah apa yang kamu cakap tu. Sebenarnya apabila seseorang wanita
melangkah saja keluar dari rumah maka banyaklah syaitan yang menghiasi
tubuh badan wanita tersebut termasuklah matanya. Jadi apabila seseorang lelaki
yang bukan muhrim pandang mata wanita dia akan nampak cantik sebab syaitan
dah menghiasi mata wanita tersebut. Kamu pernah dengar tak istilah ‘dari mata
jatuh ke hati’?
Zaakimi: Pernah-pernah ustazah. Saya tengok dalam tv.
Ustazah: Ok, dalam hati manusia ni ada penyakit. Bila dah di mata, maka akan turun ke
hati. Jadi bila dah sampai ke hati, hati lelaki akan jadi lemah dan akan mula
timbul suatu perasaan. Jadi itulah pentingnya iman dalam hati supaya perasaan
yang timbul tu tak dikuasai oleh syaitan dan akhirnya timbullah perasaan jahat
dalam hati yang boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak elok.
Syaif: Ooo, macam tu. Saya pun tak nak lah tengok mata perempuan..
Syukrie: Saya pun ustazah.

Kelas berjalan lancar sehingga waktu tamat…

P/S: Bukan lelaki sahaja yang perlu menjaga mata, tetapi wanita juga mesti menjaga mata, dalam istilah arabnya ‘ghodul bashor’. Ditambah dengan cara pemakaian wanita, jadi wanita wajib berpakaian menutup aurat agar syaitan-syaitan hanya mampu menghiasi pakaian wanita sahaja bukan tubuh badan wanita.

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimumenjadi sebarangan bunga yang tetap juga indahtetapi sayangnya tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenag-wenangnya di dekati sang kumbang, lantas tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah yang ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’. Dengan pagaran duri itu kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan selamat bermujahadah… Wallahu’alam…

No comments:

Post a Comment