Monday, February 8, 2010

HAKIKAT CINTA HAKIKI

Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Pernah saya bertanya kepada seorang kenalan apakah yang difahami mengenai pengertian cinta, apa itu cinta yang sebenar-benarnya. Jawapan yang saya terima ialah ‘cinta tu kasih sayang, pengorbanan, romantic, caring antara seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang bercinta’. Adakah benar itu jawapannya? Di dalam buku yang bertajuk ‘Kisah Cinta Dalam Al-Quran’ karangan Misbah Em Majidy, pengertian cinta adalah kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang dilihat, dikira dan dirasa baik.

Ramai di antara kita yang tersalah tafsir mengenai cinta. Cinta bukan sahaja sesama manusia malah kepada benda, tumbuhan, haiwan, sikap dan sebagainya yang difikirkan baik dan cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah dan Rasulallah.

Cinta adalah suatu yang mulia jika ianya di letakkan ditempat yang sepatutnya. Akan tetapi betapa sayangnya apabila cinta yang pada hakikatnya begitu mulia diletakkan pada tempat yang salah dan dengan cara yang salah. Manusia dianugerahkan dengan perasaan cinta sejak azali, fitrah manusia juga ingin menyintai dan dicintai. Kita tidak dapat menolak cinta yang terdapat di dalam hati dan jiwa kita akan tetapi kita mampu mengawal perasaan tersebut agar ianya selari dengan kehendak dan tuntutan Syariat Islam.

Apabila kita perhatikan masyarakat kita pada hari ini, terutama golongan pemuda dan pemudi muslim yang sepatutnya menjadi harapan kepada Agama dan Negara telah dimomokkan denga perkataan ‘CINTA’. Bagi mereka cinta yang tidak terpelihara begitu seronok sehinggakan ada yang sanggup menggadai maruah demi cinta kepada sang kekasih. Bak kata yang sering diperkatakan ‘DEMI CINTA KITA, LAUTAN API SANGGUP KU RENANG’. Memang lautan api sanggup direnangi akan tetapi adakah kita sanggup merenangi lautan api neraka Allah yang telah disediakan bagi hamba-hambanya yang berdosa?

Saya ingin bertanya kepada kalian, sudah pasti kalian tidak pernah dan tidak akan lupa akan tarikh penting yang akan datang setiap tahun, terikh keramat bagi pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta bukan? 14 Febuari setiap tahun adalah hari yang penuh meriah dengan sambutan ‘VALENTINE DAY’ atau di dalam bahasa melayunya ialah ‘HARI KEKASIH’. Setiap pasang kekasih akan bersama-sama berdua-duaan menyambut hari tersebut dengan sejambak mawar merah dan sebentuk cincin yang ingin di hadiahkan kepada sang kekasih.

VALENTANE DAY bukanlah budaya Melayu malah lebih jauh dari Syariat Islam. Kenapa harus kita mengagungkan budaya barat tersebut sedangkan banyak lagi tarikh bersejarah di dalam Islam yang perlu kita ingat dan hayati. INGAT!!! BERCINTA TIDAK SALAH, TETAPI MEMUJA CINTA ITU YANG SALAH. Waallahu’alam….

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    kak lisa..=)
    chat??
    wah2 bicara pasal cinta..he2
    bile arin nk rase nasi minyak akk..
    heheee..
    jgn marah..

    ReplyDelete
  2. salam alaik..mudah2an terus menggunakan kaedah2 terbaik utk menghadapi betapa dahsyat pemuda pemudi islam, menghadapi zaman fitan..la tai'as ya ukht..ya allah bil jihad..

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumsalam..alhamdulillah sihat.. berbicara tentang cinta sbb tengok zaman sekarang ni banyak yang tersalah dalam mengenali cinta hakiki.. ramai pemuda yang dah hanyut dengan cinta...

    ReplyDelete