Monday, April 2, 2012

MARAHKAH KITA?

"Engkau memang tak guna"
"Saya tidak suka berkawan dengan awak"
"Maaf saya tidak dapat menerima kamu"

Dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak perkara yang menimbulkan kesedihan, menaikkan kemarahan di hati kita.. cuba kita lihat, selama kita hidup adakah pujian atau kejian yang kita dapat dari insan-insan yang berada di sekeliling kita? Perhatikan juga pergaulan kita dengan insan di sekeliling, adakah lebih ramai rakan atau musuh yang memonopoli kehidupan kita?

"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab" Nabi telah mengingatkan kita supaya menghisab diri kita dahulu.. Adakah segala yang terjadi berpunca dari orang lain atau diri kita sendiri? Jika kita dapat kejian, hati kita menjadi terlalu sedih memikirkannya, kita menjadi marah terhadap insan yang telah mengeji kita, kita sering mencari jalan untuk membalas dendam dengan menghina insan itu semula. Namun adakah pernah kita berfikir, kenapa kita dikeji? kenapa kita sering tidak disukai? mungkin dengan sikap kita membuatkan mereka tidak menyukai? mungkin banyaknya kesalahan yang tidak kita sedari membuatkan insan lain mengeji kita? jangan terlalu mengikut hati yang marah, jangan terlalu mengikut hati yang sedih.. Gunakan akal bersama hati yang jernih bagi menghadapinya.

Ramai yang mengatakan Rasulullah, kekasih Allah yang dijanjikan syurga, insan yang maksum tanpa sebarang dosa juga dibenci dan dikeji. Adakah Baginda Rasulullah juga melakukan kesalahan? adakah Rasulullah juga Berakhlak tidak baik? Ingatlah, sesungguhnya ujian Allah terlalu banyak bentuknya. Jika telah difikir-fikirkan apa kesalahan kita kepada insan lain menyebabkan kita dikeji dan dihina, namun tidak dijumpai, setelah difikir-fikirkan kita juga sudah sedaya upaya untuk berakhlak dengan akhlak yang baik, namun tetap dibenci, ingatlah kita juga sedang diuji. Janganlah kita marah dan bersedih diatas ujian tersebut. Yakinlah bahawa ada hikmah disebalik kejian dan kebencian itu.

Berusahalah menjadi yang terbaik walaupun sehingga kini kita tetap tidak dipandang yang terbaik oleh insan lain, namun yakinlah Allah tetap menilai kita disetiap niat dan usaha kita. Jangan marah, jangan sedih... Jika kita ditempat yang benar, kebahagiaan pasti menanti..

Thursday, January 19, 2012

MENGHARAP REDHO ALLAH SEBELUM REDHO MANUSIA

Assalamualaikum... Sudah lama tidak update blog ni. Rindu sudah untuk mengarang walaupun diri ni rasanya tidaklah layak untuk memberikan nasihat. Namun, langkah seorang daie mesti diteruskan. Mafhum kepada Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat'.. Subhanallah.. Indahnya Islam, semua Ummatnya berhak untuk menyampaikan walaupun diri masih merasakan terlalu dhoif.

Apa yang penting di sini, dalam setiap langkah hidup kita mestilah bertunjangkan mardhotillah.. Mengejar redho Allah dalam setiap langkah kehidupan. Kenapa saya kaitkan di sini redho Allah dengan dakwah? Mungkin ada di kalangan pembaca sekelian yang mengetahui maksudnya. Apabila kita berada di jalan dakwah, maka posisi tersebut amat berkait rapat dengan redho Allah dan redho manusia.

Tidak dinafikan ramai para pendakwah berhenti berdakwah di tengah jalan kerana tidak mampu mengharungi segala mehnah dalam perjuangan dakwah.. kadang-kadang para pendakwah kekurangan ilmu dakwah yang akan mengakibatkan kurangnya penerimaan mad'u terhadap apa yang disampaikan. Method yang digunakan kurang berkesan dan tidak sesuai digunakan pada sesetengah keadaan. Banyak lagi faktor mengapa dakwah kurang berkesan.

Namun para pendakwah sekelian, ingatlah redho Allah melebihi redho manusia. Dalam perjalanan kehidupan kita tidak akan lari dari kebencian manusia kepada kita. Tidak kira sama ada kita berbuat baik atau sebaliknya, kerana hati manusia itu berlainan. Kita menegur saudara seislam kita untuk kebaikan, tetapi saudara kita itu tidak boleh menerima teguran yang kita sampaikan, lalu hilanglah redhonya terhadap kita. Tapi cuba kita fikirkan sejenak, apakah redho manusia itu lebih penting dari redho Allah? Yakinlah kita telah melakukan kebaikan terhadapnya dan yakinlah kita telahpun mendapat redho Allah dalam tindakan kita itu..

Mungkin kita kurang berminat dengan redho Allah kerana redho Allah itu tidak nampak seperti nampaknya seketul emas di depan mata. Namun redho Allah adalah lebih beharga dari seketul emas itu. Jadi mari kita mencari redho Allah dalam setiap saat dalam hidup kita kerana redho Allah adalah salah satu tanaman untuk kita tuainya di akhirat kelak. Inzar buat diri, sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja yang ingin memiliki redho Allah.. Wassalam.

Wednesday, June 8, 2011

BERDAKWAHLAH WALAU DIRI BELUM SEMPURNA

Ramai orang sudah mengetahui bahawa berdakwah adalah tugas setiap individu, tetapi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah. Dalam konteks dakwah, di antara kekeliruan yang sering berlaku ialah seseorang itu menanti kesempurnaan diri sebelum mahu memulakan dakwah. Inilah factor yang menyebabkan seseorang yang mampu mencegah kemungkaran tidak mahu bangun untuk melakukannya, kerana dia merasakan amalannya belum cukup mantap dan masih terdapat banyak kelemahan pada dirinya.

Berkaitan dengan isu ini Imam Said bin Jubair berkata, “Jika seseorang itu tidak mahu mnegajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar sehinggalah dia berada keadaannya sudah sempurna, maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.” Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau manambah, “Dan siapakah di antara kita yang lengkap dan sempurna?” Imam Al-Hasan pula berkata, “Siapakah di antara kita yang melaksanakan kesemua perkara yang diserukan-Nya? Syaitan amat menyukai apabila manusia terpedaya oleh sikap ini, sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.”

Pada dasarnya, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap orang yang mukalaf lagi berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Pada hakikatnya, Islam mengakui tahap-tahap kemampuan seseorang individu itu berbeza daripada individu lain. Rasulullah SAW bersabda dengan maksud, “Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan kata-katanya, dan jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan hatinya, dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” – riwayat Muslim.

Apabila mencegah kemungkaran, kadar minima yang dituntut ialah mengingkari dengan hati. Perkara ini disentuh dalam kitab [i]Dalilul Falihin[/i], “Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dengan hati, disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun dengan perbuatan apabila dia mampu nanti. Membenci maksiat dengan hati hukumnya ialah wajib ke atas setiap individu, dan sesiapa yang menyetujui kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya.”

Iman memerlukan bukti, dan salah satu antara bukti-buktinya ialah membenci maksiat. Tanpanya, iman berkecai di hati. Rasulullah SAW bersabda dengan maksud, “Tidak ada selepas itu iman, walaupun sebesar biji sawi,” - riwayat Bukhari dan Muslim. Hati yang tidak mengingkari kemungkaran boleh membawa kepada kebinasaan. Sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abdullah ibn Masud menegaskan, “Binasalah mereka yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar, dengan hatinya.”

Friday, May 6, 2011

MARI MENGENALI SIAPA ZAINAB AL-GHAZALI AL-JUBAILI

Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

Monday, November 29, 2010

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita

Tuesday, November 23, 2010

bersawang...

salam 'alaik. dah lame x menulis kt sini...bukan pe, nk g cc kerap2 x jd keje lain nnti.. pegi pun kalau ada hal pnting je... xpe lah, dakwah 2 boleh dari pelbagai sudut. ni hanya sampingan... harap sahabat2 yg sentiasa mengikuti blog ni jgn berasa hampa... akhir kalam, bejuanglah walau dimana dan apa jua keadaan. salam juang, wassalam.

Sunday, August 1, 2010

BESARNYA TANGGUNGJAWAB WANITA

Assalamualaikum. Salam Sya'ban.Alhamdulillah dengan kasih dan sayangnya kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang nyaman di bumi Allah yang sementara ini. Bersyukur juga dengan dua mikmat yang terbesar iaitu nikman Iman dan Islam.

Manusia adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Oleh itu sebaga seoang khalifah maka besarlah tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kia.Mengapa Allah tidak menjadikan semua manusia di dunia ini Islam an sentiasa melaksanakan tuntutanNya dan meninggalkan laranganNya? Jawapannya mudah, kerana kita adalah khalifah, orang yang perlu melaksanakan tugas-tugas debagai daie yang mempunyai 1 matlamat iaitu untuk menegakkan kalimah 'laailaha illallah muhammadurrasulullah' di muka bumi ini.

Wanita mempunyai taggungjawab yang besar. Wanita adalah 2/3 daripada lelaki di muka bumi ini. Jadi jika semua wanita beragama maka 2/3 dunia beragama. Walaupun tiada seorang nabi wanita tetapi semua nabi lahir dari rahim wanita. Ada nabi yang tidak mempunyai bapa tetapi tiada nabi yang tidak mempunyai ibu.

Wanita diberi ilham untuk membentuk ahli usrahnya supaya berada di landasan yang betul. Seorang isteri mampu memujuk suami untuk membelikan itu dan ini kerana kelembutan dan kebijaksanaannya. Seorang ibu mampu memujuk anaknya untuk pergi ke kedai 10 kali sehari kerana kelembutan dan kebijaksanaannya. Jadi jika itu dilakukan untuk agama maka mustahil ahli usrahnya tidak beragama.

Mungkin kita pernah dengar kisah ini. Ada seorang doktor yang isterinya kuat agama.Dan dia ingin menyuruh suaminya menyimpan janggut. Dia telah bermesyuarat dengan isteri tunkang rambut an menyuruhnya datang ke rumah dan menajamkan pisau.Apabila suaminya bertanya, dia kata nak cukur rambutnya. Suami dia kata"eh, hodoh!" Dia kata "Abang lagi hodoh sebab potong sunnah Rasulallah". Mulai saat itu suaminya mula menyimpan janggut.

Wanita mempunya 3 tanggungjawab. yang pertama tanggungjawab kepada suamimia. Ini sebahagian agama yang besar. Jika seorang wanita tidak taat kepada suaminya, ibadahnya tidak diterima. Amalan-amalan lebihan yang hendak dibuat mesti minta izin daripada suaminya dahulu. Apabila ada taat, ini menjadi asbab untuk kedua-duanya beragama di dalam rumah dan di dalam syurga, katil suami sebelah katil isteri, kecantikan isteri lebih daripada jumlah kecantikan bidadari.

Tanggungjawab kedua ialah mendidik anak-anak dengan tarbiyah islam, dan mendorong orang lelaki keluar ke jalan Allah. Seramai mana orang lelaki keluar sebanyak itulah agama masuk ke dalam rumah.

Tanggungjawab ketiga ialah untuk menghidupkan agama dalam diri. Akhlak baik dan sifat malu harus di pupuk. Solat 5 waktu harus dijaga waktunya. Zikir dibuat pagi dan petang. Masa ditetapkan untuk bacaan Al-Quran. Masa di tetapkan untuk taalim harian. Dengan cara ini rumah jadi seperti masjid, amal rumah jadi seperti amal masjid. Rumah begini di rahmati dan rahmat tersebar ke rumah-rumah lain.

Wanita dibenarkan untuk keluar pada jalan agama. jika keluar untuk dunia tidak dibenarkan. Hari ini agama dalam keadaan teruk sedangkan kita sentiasa sibuk menambah harta, dan tidak benarkan suami keluar pada jalan ALlah. Bagaimana agama hendak tersebar?

Besarnya tanggungjawab wanita. Bangkitlah wahai wanita! laksanakan tangungjawabmu yang besar itu! Demi Islam yang kembali dagang. ingatlah sabda Rasulallah:"Islam itu bermula daripada dagang dan akan kembali menjadi dagang. Terima dan peluklah agama yang yatim seperti Halimatusa'adiah terima dan peluk Rasulullah yang yatim. Maka rumah kita juga akan dienuhi rahmat dan berkat seperti rumah Halimatussa'adiah yang dipenuhi rahmat dan berkat.

Wallahu'alam. Wassalamualaikum...