Tuesday, February 23, 2010

WANITA OH WANITA

Assalamualaikum… Mari ikuti kisah ini.

Di dalam kelas KAFA kedengaran perbualan antara ustazah dan beberapa orang anak muridnya:

Ustazah: Assalamualaikum semua…
Pelajar: Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ustazah.
Ustazah: Baik semua boleh duduk dan baca doa.

Kelas pada hari itu berjalan seperti biasa. Selepas mengaji kelas diteruskan dengan pembelajaran Fardhu ain pula seperti aqidah, ibadah, sirah, akhlak dan sebagainya.

Ustazah: ok, ustazah nak kamu semua buka buku Aqidah muka surat 5. Ustazah nak
kamu baca sendiri dulu lepas tu ustazah nak soal sorang-sorang, boleh?

Pelajar: Boleh ustazah, tapi ustazah janganlah tanya soalan yang susah-susah nanti
kitorang terkial-kial nak jawab.

Ustazah: ok.

Semua pelajar masing-masing sibuk membaca, bimbang soalan yang bakal diberikan tidak dapat dijawab dengan baik.

Tiba-tiba…

Syaif: Ustazah-ustazah, kenapa ustazah tanggal cermin mata?
Ustazah: Tak de apa lah, ustazah cuma penat sikit, kalau pakai cermin mata rasa macam
lagi penat. Sebab tu ustazah tanggalkan sekejap.
Syaif: ooo.. macan tu.
Zaakimi: Ustazah, ustazah nampak lain lah kalau tak pakai cermin mata.
Ustazah: Lain? Kenapa pulak? Ustazah bukan tanggalkan muka ustazah, macam mana
boleh jadi lain?
Zaakimi: lain sebab dah tak de penghalang. Sebelum ni kitorang tak boleh tengok mata
ustazah sebab cermin mata halang. Sekatang baru nampak mata ustazah yang
betul-betul.
Ustazah: Ish kamu ni ada-ada je, mana ada beza. Dah-dah baca, sekejap lagi ustazah nak
tanya.

Kelas senyap seketika..

Tiba-tiba..

Syaif: Ustazah, hari tu kan saya ikut ayah pergi masjid dengar ceramah. Dalam
ceramah, ustaz tu kata lelaki ni boleh jadi lemah bila pandang mata perempuan.
Sebab tu ramai lelaki bila bercakap dengan perempuan dia tak pandang mata.
Syukrie: ha ah betul ustazah, saya pun pergi dengar jugak. Kenapa lelaki lemah bila
pandang mata perempuan ustazah?
Syaif : Eh tak kan x dengar ustaz tu cakap hari tu sebab mata hitam perempuan lebih
besar dari mata hitam lelaki..
Ustazah: mmm, betul lah apa yang kamu cakap tu. Sebenarnya apabila seseorang wanita
melangkah saja keluar dari rumah maka banyaklah syaitan yang menghiasi
tubuh badan wanita tersebut termasuklah matanya. Jadi apabila seseorang lelaki
yang bukan muhrim pandang mata wanita dia akan nampak cantik sebab syaitan
dah menghiasi mata wanita tersebut. Kamu pernah dengar tak istilah ‘dari mata
jatuh ke hati’?
Zaakimi: Pernah-pernah ustazah. Saya tengok dalam tv.
Ustazah: Ok, dalam hati manusia ni ada penyakit. Bila dah di mata, maka akan turun ke
hati. Jadi bila dah sampai ke hati, hati lelaki akan jadi lemah dan akan mula
timbul suatu perasaan. Jadi itulah pentingnya iman dalam hati supaya perasaan
yang timbul tu tak dikuasai oleh syaitan dan akhirnya timbullah perasaan jahat
dalam hati yang boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak elok.
Syaif: Ooo, macam tu. Saya pun tak nak lah tengok mata perempuan..
Syukrie: Saya pun ustazah.

Kelas berjalan lancar sehingga waktu tamat…

P/S: Bukan lelaki sahaja yang perlu menjaga mata, tetapi wanita juga mesti menjaga mata, dalam istilah arabnya ‘ghodul bashor’. Ditambah dengan cara pemakaian wanita, jadi wanita wajib berpakaian menutup aurat agar syaitan-syaitan hanya mampu menghiasi pakaian wanita sahaja bukan tubuh badan wanita.

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimumenjadi sebarangan bunga yang tetap juga indahtetapi sayangnya tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenag-wenangnya di dekati sang kumbang, lantas tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah yang ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’. Dengan pagaran duri itu kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan selamat bermujahadah… Wallahu’alam…

Monday, February 8, 2010

HAKIKAT CINTA HAKIKI

Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Pernah saya bertanya kepada seorang kenalan apakah yang difahami mengenai pengertian cinta, apa itu cinta yang sebenar-benarnya. Jawapan yang saya terima ialah ‘cinta tu kasih sayang, pengorbanan, romantic, caring antara seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang bercinta’. Adakah benar itu jawapannya? Di dalam buku yang bertajuk ‘Kisah Cinta Dalam Al-Quran’ karangan Misbah Em Majidy, pengertian cinta adalah kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang dilihat, dikira dan dirasa baik.

Ramai di antara kita yang tersalah tafsir mengenai cinta. Cinta bukan sahaja sesama manusia malah kepada benda, tumbuhan, haiwan, sikap dan sebagainya yang difikirkan baik dan cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah dan Rasulallah.

Cinta adalah suatu yang mulia jika ianya di letakkan ditempat yang sepatutnya. Akan tetapi betapa sayangnya apabila cinta yang pada hakikatnya begitu mulia diletakkan pada tempat yang salah dan dengan cara yang salah. Manusia dianugerahkan dengan perasaan cinta sejak azali, fitrah manusia juga ingin menyintai dan dicintai. Kita tidak dapat menolak cinta yang terdapat di dalam hati dan jiwa kita akan tetapi kita mampu mengawal perasaan tersebut agar ianya selari dengan kehendak dan tuntutan Syariat Islam.

Apabila kita perhatikan masyarakat kita pada hari ini, terutama golongan pemuda dan pemudi muslim yang sepatutnya menjadi harapan kepada Agama dan Negara telah dimomokkan denga perkataan ‘CINTA’. Bagi mereka cinta yang tidak terpelihara begitu seronok sehinggakan ada yang sanggup menggadai maruah demi cinta kepada sang kekasih. Bak kata yang sering diperkatakan ‘DEMI CINTA KITA, LAUTAN API SANGGUP KU RENANG’. Memang lautan api sanggup direnangi akan tetapi adakah kita sanggup merenangi lautan api neraka Allah yang telah disediakan bagi hamba-hambanya yang berdosa?

Saya ingin bertanya kepada kalian, sudah pasti kalian tidak pernah dan tidak akan lupa akan tarikh penting yang akan datang setiap tahun, terikh keramat bagi pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta bukan? 14 Febuari setiap tahun adalah hari yang penuh meriah dengan sambutan ‘VALENTINE DAY’ atau di dalam bahasa melayunya ialah ‘HARI KEKASIH’. Setiap pasang kekasih akan bersama-sama berdua-duaan menyambut hari tersebut dengan sejambak mawar merah dan sebentuk cincin yang ingin di hadiahkan kepada sang kekasih.

VALENTANE DAY bukanlah budaya Melayu malah lebih jauh dari Syariat Islam. Kenapa harus kita mengagungkan budaya barat tersebut sedangkan banyak lagi tarikh bersejarah di dalam Islam yang perlu kita ingat dan hayati. INGAT!!! BERCINTA TIDAK SALAH, TETAPI MEMUJA CINTA ITU YANG SALAH. Waallahu’alam….

BUAT SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGANKU YANG AMAT KU SAYANGI DAN KU RINDUI…..

Sahabat-sahabatku,
Masih segar di ingatanku detik fawatih perkenalan kita,
Kita saling berta’aruf antara satu sama lain,
Kita saling mengenali walaupun kita semua dari pelbagai bidang,
Kita sama-sama ditarbiyyah dan sama-sama bersusah payah,
Kita dilatih menjadi seorang jundi Allah,
Kita dibentuk menjadi insan soleh dan solehah,
Kita diajar bagaimana menjadi mujahid dan mujahidah.

Semakin lama ku mengenali kalian,
Semakin kuat kasih sayangku kepada kalian,
Semakin banyak ku mengetahui tentang kalian,
Semakin kuat ukhuwah antara kita.

Sahabat-sahabatku,
Kisah suka duka antara kita amat berharga buat diriku,
Kita ditekan, diancam dan dimusuhi oleh insan-insan yang benci kepada kita,
Bagaimana susah-payah kita mencari kader-kader baru untuk meneruskan perjuangan kita,
Bagaimana sukarnya kita mentarbiyyah adik-adik untuk menjadi mujahid dan mujahidah,
Bagaimana hebatnya masalah-masalah yang terpaksa kita hadapi,
Namun kita tetap teguh meredah segalanya.

Sahabat-sahabatku,
Tidak ku nafikan kadang kala kita bermasam muka,
Kadang kala kita memendam rasa,
Kadang kala kita saling menyalahkan antara satu sama lain,
Tetapi itulah asam garam berukhuwah dan bersahabat,
Itulah perencah perjuangan,
Itulah yang membuatkan kita semakin rapat.

Sahabat-sahabatku,
Nasihat-nasihat kalian amat berguna buat diriku,
Kalian beri kekuatan dikala ku kelemahan,
Kalian beri inzar ketika ku dalam kelalaian,
Kalian beri teguran ketika aku tersalah dan tersilap,
Kalian beriku kasih sayang ketika ku rasa disisih.

Sahabat-sahabatku,
Kini semua itu telah berakhir,
Kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar,
Kita terpaksa berpisah buat sementara waktu,
Tugas kita sebagai seorang mujahid dan mujahidah yang sebenar,
Untuk menegakkan kalimah Laa ilaha illallah di bumi ini,
Aku redho akan perpisahan ini sahabat.

Sahabat-sahabatku,
Ukhuwah kita terletak di hati, bukan pada jasad-jasad kita,
Walau jauh mana jarak kita,
Walau lama mana kita tidak bersua,
Hakikatnya kita tetap bersama,
Bersatu di dalam hati-hati kita.

Sahabat-sahabatku,
Hanya satu yang kupinta,
Jangan pernah kalian melupakan segala kenangan manis antara kita,
Jangan pernah kalian hilangkan rasa cinta antara kita,
Jangan pernah kalian mendiamkan diri tanpa berita,
Kerana aku amat menyayangi kalian.

Sahabat-sahabatku,
Akhir kalam dariku,
Teruskan perjuangan di posisimu,
Suatu masa kita akan bertemu,
Sama ada di dunia atau di JANNATUL FIRDAUSI.
INSYAALLAH.