Tuesday, November 24, 2009

ERTI SEBUAH EIDULADHA

Assalamualaikum...
Eiduladha lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji kerana hari raya ini disambut pada bulan Zulhijjah (Bulan Haji) dan pada hari raya tersebut juga dilaksanakan ibadah qurban. Apabila munculnya Hari Raya Qurban setiap tahun, maka ramailah dikalangan rakyat Malaysia yang berugama Islam sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut hari lebaran itu. Walaupun Hari Raya Qurban tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri, namun ianya tetap disambut dngan meriah di sesetengah negeri di Malaysia.

Tidak kiralah bagaimana kita menyambut Hari Raya Qurban, ada yang meriah ada yang kurang meriah, apa yang penting penghayatan kita terhadap Hari Raya Qurban itu sendiri. Apakah sejarah yang berlaku pada tarikh tersebut? Peristiwa yang terakam di dalam al-Quran al-Kareem mengenai pengorbanan dan ketaatan yang begitu besar oleh Nabi Allah Ibrahim 'alaihissalam dan juga anaknya Nabi Allah Ismail 'alaihissalam. Bagaimana seorang ayah diperintahkan oleh Allah swt supaya menyembelih anaknya sendiri dan bagaimana seorang anak yang mana ayahnya diperintahkan olah Allah swt supaya menyembelih dirinya? Akan tetapi disebabkan kecintaan yang mendalam terhadap Allah swt dan ketaatan yang tinggi kepada Allah swt, perintah tersebut ditaati dengan rela hati oleh Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail.

Begitulah besarnya pengorbanan Nabi-Nabi kita. bagaimana pula dengan kita? Adakah kita mampu untuk mentaati perintah Allah swt dengan rela hati kerana keimanan kita terhadap Allah swt? Berapa ramai diantara kita yang tidak mentaati perintah Allah yang dikira terlalu kecil jika hendak dibandingkan oelh nikmat Allah yang terlalu besar kepada hamba-hambanya. Renung-renungkan dan selamat menyambut Hari Raya Eiduladha.. Jangan terlalu membazir menyambut Hari Raya, sambutlah sekadarnya... Wassalam.

1 comment: