Monday, April 2, 2012

MARAHKAH KITA?

"Engkau memang tak guna"
"Saya tidak suka berkawan dengan awak"
"Maaf saya tidak dapat menerima kamu"

Dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak perkara yang menimbulkan kesedihan, menaikkan kemarahan di hati kita.. cuba kita lihat, selama kita hidup adakah pujian atau kejian yang kita dapat dari insan-insan yang berada di sekeliling kita? Perhatikan juga pergaulan kita dengan insan di sekeliling, adakah lebih ramai rakan atau musuh yang memonopoli kehidupan kita?

"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab" Nabi telah mengingatkan kita supaya menghisab diri kita dahulu.. Adakah segala yang terjadi berpunca dari orang lain atau diri kita sendiri? Jika kita dapat kejian, hati kita menjadi terlalu sedih memikirkannya, kita menjadi marah terhadap insan yang telah mengeji kita, kita sering mencari jalan untuk membalas dendam dengan menghina insan itu semula. Namun adakah pernah kita berfikir, kenapa kita dikeji? kenapa kita sering tidak disukai? mungkin dengan sikap kita membuatkan mereka tidak menyukai? mungkin banyaknya kesalahan yang tidak kita sedari membuatkan insan lain mengeji kita? jangan terlalu mengikut hati yang marah, jangan terlalu mengikut hati yang sedih.. Gunakan akal bersama hati yang jernih bagi menghadapinya.

Ramai yang mengatakan Rasulullah, kekasih Allah yang dijanjikan syurga, insan yang maksum tanpa sebarang dosa juga dibenci dan dikeji. Adakah Baginda Rasulullah juga melakukan kesalahan? adakah Rasulullah juga Berakhlak tidak baik? Ingatlah, sesungguhnya ujian Allah terlalu banyak bentuknya. Jika telah difikir-fikirkan apa kesalahan kita kepada insan lain menyebabkan kita dikeji dan dihina, namun tidak dijumpai, setelah difikir-fikirkan kita juga sudah sedaya upaya untuk berakhlak dengan akhlak yang baik, namun tetap dibenci, ingatlah kita juga sedang diuji. Janganlah kita marah dan bersedih diatas ujian tersebut. Yakinlah bahawa ada hikmah disebalik kejian dan kebencian itu.

Berusahalah menjadi yang terbaik walaupun sehingga kini kita tetap tidak dipandang yang terbaik oleh insan lain, namun yakinlah Allah tetap menilai kita disetiap niat dan usaha kita. Jangan marah, jangan sedih... Jika kita ditempat yang benar, kebahagiaan pasti menanti..

Thursday, January 19, 2012

MENGHARAP REDHO ALLAH SEBELUM REDHO MANUSIA

Assalamualaikum... Sudah lama tidak update blog ni. Rindu sudah untuk mengarang walaupun diri ni rasanya tidaklah layak untuk memberikan nasihat. Namun, langkah seorang daie mesti diteruskan. Mafhum kepada Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat'.. Subhanallah.. Indahnya Islam, semua Ummatnya berhak untuk menyampaikan walaupun diri masih merasakan terlalu dhoif.

Apa yang penting di sini, dalam setiap langkah hidup kita mestilah bertunjangkan mardhotillah.. Mengejar redho Allah dalam setiap langkah kehidupan. Kenapa saya kaitkan di sini redho Allah dengan dakwah? Mungkin ada di kalangan pembaca sekelian yang mengetahui maksudnya. Apabila kita berada di jalan dakwah, maka posisi tersebut amat berkait rapat dengan redho Allah dan redho manusia.

Tidak dinafikan ramai para pendakwah berhenti berdakwah di tengah jalan kerana tidak mampu mengharungi segala mehnah dalam perjuangan dakwah.. kadang-kadang para pendakwah kekurangan ilmu dakwah yang akan mengakibatkan kurangnya penerimaan mad'u terhadap apa yang disampaikan. Method yang digunakan kurang berkesan dan tidak sesuai digunakan pada sesetengah keadaan. Banyak lagi faktor mengapa dakwah kurang berkesan.

Namun para pendakwah sekelian, ingatlah redho Allah melebihi redho manusia. Dalam perjalanan kehidupan kita tidak akan lari dari kebencian manusia kepada kita. Tidak kira sama ada kita berbuat baik atau sebaliknya, kerana hati manusia itu berlainan. Kita menegur saudara seislam kita untuk kebaikan, tetapi saudara kita itu tidak boleh menerima teguran yang kita sampaikan, lalu hilanglah redhonya terhadap kita. Tapi cuba kita fikirkan sejenak, apakah redho manusia itu lebih penting dari redho Allah? Yakinlah kita telah melakukan kebaikan terhadapnya dan yakinlah kita telahpun mendapat redho Allah dalam tindakan kita itu..

Mungkin kita kurang berminat dengan redho Allah kerana redho Allah itu tidak nampak seperti nampaknya seketul emas di depan mata. Namun redho Allah adalah lebih beharga dari seketul emas itu. Jadi mari kita mencari redho Allah dalam setiap saat dalam hidup kita kerana redho Allah adalah salah satu tanaman untuk kita tuainya di akhirat kelak. Inzar buat diri, sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja yang ingin memiliki redho Allah.. Wassalam.

Wednesday, June 8, 2011

BERDAKWAHLAH WALAU DIRI BELUM SEMPURNA

Ramai orang sudah mengetahui bahawa berdakwah adalah tugas setiap individu, tetapi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah. Dalam konteks dakwah, di antara kekeliruan yang sering berlaku ialah seseorang itu menanti kesempurnaan diri sebelum mahu memulakan dakwah. Inilah factor yang menyebabkan seseorang yang mampu mencegah kemungkaran tidak mahu bangun untuk melakukannya, kerana dia merasakan amalannya belum cukup mantap dan masih terdapat banyak kelemahan pada dirinya.

Berkaitan dengan isu ini Imam Said bin Jubair berkata, “Jika seseorang itu tidak mahu mnegajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar sehinggalah dia berada keadaannya sudah sempurna, maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.” Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau manambah, “Dan siapakah di antara kita yang lengkap dan sempurna?” Imam Al-Hasan pula berkata, “Siapakah di antara kita yang melaksanakan kesemua perkara yang diserukan-Nya? Syaitan amat menyukai apabila manusia terpedaya oleh sikap ini, sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.”

Pada dasarnya, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap orang yang mukalaf lagi berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Pada hakikatnya, Islam mengakui tahap-tahap kemampuan seseorang individu itu berbeza daripada individu lain. Rasulullah SAW bersabda dengan maksud, “Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan kata-katanya, dan jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan hatinya, dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” – riwayat Muslim.

Apabila mencegah kemungkaran, kadar minima yang dituntut ialah mengingkari dengan hati. Perkara ini disentuh dalam kitab [i]Dalilul Falihin[/i], “Mencegah dengan hati bermaksud membenci kemungkaran dengan hati, disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun dengan perbuatan apabila dia mampu nanti. Membenci maksiat dengan hati hukumnya ialah wajib ke atas setiap individu, dan sesiapa yang menyetujui kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya.”

Iman memerlukan bukti, dan salah satu antara bukti-buktinya ialah membenci maksiat. Tanpanya, iman berkecai di hati. Rasulullah SAW bersabda dengan maksud, “Tidak ada selepas itu iman, walaupun sebesar biji sawi,” - riwayat Bukhari dan Muslim. Hati yang tidak mengingkari kemungkaran boleh membawa kepada kebinasaan. Sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abdullah ibn Masud menegaskan, “Binasalah mereka yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar, dengan hatinya.”

Friday, May 6, 2011

MARI MENGENALI SIAPA ZAINAB AL-GHAZALI AL-JUBAILI

Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

Monday, November 29, 2010

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita

Tuesday, November 23, 2010

bersawang...

salam 'alaik. dah lame x menulis kt sini...bukan pe, nk g cc kerap2 x jd keje lain nnti.. pegi pun kalau ada hal pnting je... xpe lah, dakwah 2 boleh dari pelbagai sudut. ni hanya sampingan... harap sahabat2 yg sentiasa mengikuti blog ni jgn berasa hampa... akhir kalam, bejuanglah walau dimana dan apa jua keadaan. salam juang, wassalam.

Sunday, August 1, 2010

BESARNYA TANGGUNGJAWAB WANITA

Assalamualaikum. Salam Sya'ban.Alhamdulillah dengan kasih dan sayangnya kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang nyaman di bumi Allah yang sementara ini. Bersyukur juga dengan dua mikmat yang terbesar iaitu nikman Iman dan Islam.

Manusia adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Oleh itu sebaga seoang khalifah maka besarlah tanggungjawab yang terpikul di atas bahu kia.Mengapa Allah tidak menjadikan semua manusia di dunia ini Islam an sentiasa melaksanakan tuntutanNya dan meninggalkan laranganNya? Jawapannya mudah, kerana kita adalah khalifah, orang yang perlu melaksanakan tugas-tugas debagai daie yang mempunyai 1 matlamat iaitu untuk menegakkan kalimah 'laailaha illallah muhammadurrasulullah' di muka bumi ini.

Wanita mempunyai taggungjawab yang besar. Wanita adalah 2/3 daripada lelaki di muka bumi ini. Jadi jika semua wanita beragama maka 2/3 dunia beragama. Walaupun tiada seorang nabi wanita tetapi semua nabi lahir dari rahim wanita. Ada nabi yang tidak mempunyai bapa tetapi tiada nabi yang tidak mempunyai ibu.

Wanita diberi ilham untuk membentuk ahli usrahnya supaya berada di landasan yang betul. Seorang isteri mampu memujuk suami untuk membelikan itu dan ini kerana kelembutan dan kebijaksanaannya. Seorang ibu mampu memujuk anaknya untuk pergi ke kedai 10 kali sehari kerana kelembutan dan kebijaksanaannya. Jadi jika itu dilakukan untuk agama maka mustahil ahli usrahnya tidak beragama.

Mungkin kita pernah dengar kisah ini. Ada seorang doktor yang isterinya kuat agama.Dan dia ingin menyuruh suaminya menyimpan janggut. Dia telah bermesyuarat dengan isteri tunkang rambut an menyuruhnya datang ke rumah dan menajamkan pisau.Apabila suaminya bertanya, dia kata nak cukur rambutnya. Suami dia kata"eh, hodoh!" Dia kata "Abang lagi hodoh sebab potong sunnah Rasulallah". Mulai saat itu suaminya mula menyimpan janggut.

Wanita mempunya 3 tanggungjawab. yang pertama tanggungjawab kepada suamimia. Ini sebahagian agama yang besar. Jika seorang wanita tidak taat kepada suaminya, ibadahnya tidak diterima. Amalan-amalan lebihan yang hendak dibuat mesti minta izin daripada suaminya dahulu. Apabila ada taat, ini menjadi asbab untuk kedua-duanya beragama di dalam rumah dan di dalam syurga, katil suami sebelah katil isteri, kecantikan isteri lebih daripada jumlah kecantikan bidadari.

Tanggungjawab kedua ialah mendidik anak-anak dengan tarbiyah islam, dan mendorong orang lelaki keluar ke jalan Allah. Seramai mana orang lelaki keluar sebanyak itulah agama masuk ke dalam rumah.

Tanggungjawab ketiga ialah untuk menghidupkan agama dalam diri. Akhlak baik dan sifat malu harus di pupuk. Solat 5 waktu harus dijaga waktunya. Zikir dibuat pagi dan petang. Masa ditetapkan untuk bacaan Al-Quran. Masa di tetapkan untuk taalim harian. Dengan cara ini rumah jadi seperti masjid, amal rumah jadi seperti amal masjid. Rumah begini di rahmati dan rahmat tersebar ke rumah-rumah lain.

Wanita dibenarkan untuk keluar pada jalan agama. jika keluar untuk dunia tidak dibenarkan. Hari ini agama dalam keadaan teruk sedangkan kita sentiasa sibuk menambah harta, dan tidak benarkan suami keluar pada jalan ALlah. Bagaimana agama hendak tersebar?

Besarnya tanggungjawab wanita. Bangkitlah wahai wanita! laksanakan tangungjawabmu yang besar itu! Demi Islam yang kembali dagang. ingatlah sabda Rasulallah:"Islam itu bermula daripada dagang dan akan kembali menjadi dagang. Terima dan peluklah agama yang yatim seperti Halimatusa'adiah terima dan peluk Rasulullah yang yatim. Maka rumah kita juga akan dienuhi rahmat dan berkat seperti rumah Halimatussa'adiah yang dipenuhi rahmat dan berkat.

Wallahu'alam. Wassalamualaikum...

Tuesday, March 30, 2010

KESABARAN...

Sedar tak sedar dah hampir setahun ana meninggalkan alam kampus. Rindu pula rasanya untuk menuntut ilmu kembali. Tentu sahabat2 yang berada di kampus tengah sibuk study kan, al-maklumlah peperiksaan akhir hampir menjelang... Zaman yang tidak dapat ana lupakan. Alam kampus mengajar ana erti perjuangan sebenar, belajar hidup dalam keadaan serba kekurangan (kewangan dan masa). perkara yang paling ana tak dapat lupakan adalah bertemu sahabat2 yang banyak membantu ketika sukar dan banyak memberi kekuatan ketika ana lemah untuk meneruskan perjuangan, sahabat yang sama2 berhujan berpanas, sahabat yang sentiada mengambil berat ketika sakit, sahat2 yang tidak tidur malam memikirkan jalan terbaik untuk membawa adik2 ke jalan sebenar. Rindu hati ini untuk bertemu kalian, semoga terus thabat dalam perjuangan walau di mana pun kalian.

Tanggungjawab dakwah yang perlu dipikul menyebabkan diri ini kadang2 terlalu lemah untuk melangkah. Ditambah pula orang2 yang berada disamping tidak memahami perjuangan yang dibawa. Bukan senang untuk berdakwah kepada keluarga sendiri. Begitu sukar untuk menunjukkan kepada mereka jalan perjuangan sorang muslim sejati. Jalan yang mana tidak dihamparkan dengan permaidani merah tetapi jalan yang penuh ranjau dan duri. Perjuangan yang tidak tahu bila akan menanang. Walaubagaimanapun dakwah tetap dakwah, usaha untuk menunjukkan Qudwah hasanah kepada mereka serba sedikit telah berjaya membawa mereka berubah sedikit demi sedikit, Alhamdulillah...

Zaman kemajuan yang dari sehari ke sehari melahirkan semakin banyak cerdik pandai menyebabkan semakin ramai graduat tidak mendapat pekerjaan yang sesuai. Jika zaman dahulu kerja mencari graduat, tetapi sekarang graduat yang perlu mencari kerja malah perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik. kerajaan pula telah menaikkan lagi umur bersara bagi kakitangan kerajaan menjadikan semakin sedikit peluang pekerjaan yang dibuka. Ditambah pula ada sesetengah pihak yang tidak telus dalam urusan pemilihan kakitangan baru, yang tidak berpotensi diambil bekerja kerana mereka adalah ahli keluarga dan dahabat handai mereka, manakala yang lebih baik tidak mendapat tempat yang selayaknya, ish, ish, ish... tak adil betul. Walaubagaimanapun, alhamdulillah ada juga sedikit rezeki yang Allah bagi walaupun tidaklah seberapa. Kalau nak dibandingkan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang ni memang dirasakan kurang mencukupi dengan pendapatan hanya RM250/bulan dan perlu ditambah dengan kerja-kerja sampingan yang lain. Kadang-kadang timbul juga rasa sedih kerana tidak dapat membantu keluarga yang serba kekurangan dan jemaah yang memerlukan. Tetapi selalu bisikkan kehati 'Usahalah lebih sikit, InsyaAllah Allah akan membantu orang2 yang membantu AgamaNya'.

Setiap ujian yang Allah turunkan kepada kita adalah kerana sayangNya kepada hamba2Nya supaya lebik dekat dan akrab dengan Nya. Setiap hamba mestti di uji, cuma bentuk ujian sahaja yang berbeza mengikut kemampuan seseorang. Ucaplah alhamdulillah apabila diuji kerana itulah tanda kasih sayang Allah kepada kita. Wallahu'alam...

Sunday, March 14, 2010

HATI TENAGLAH DALAM CINTA ILAHI

MUSLIMAH SEJATI WANITA DIKASIHI WANITA SOLEHAH
MUSLIMAH SEJATI
Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti. Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman. Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang. Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.
WANITA YANG DIKASIHI
Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang. Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.
WANITA SOLEHAH
Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan. Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi. Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah.

MADAH ABDUL GHANI, PENYAIR SUFI.

Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Allahu rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu rabbi
Azinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukalah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.
Ya Allah, peliharalah hati ini agar terus-terusan memburu cinta dan redhoMu, janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam mengatur hidup ini kerana hati ini menjadi rebutan antara malaikat yang mulia dan syaitan yang hina. Ya Allah, bimbinglah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa hidup mengikut syariatMu, anugerahkanlah aku ketenangan hati dan sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayangMu.. Amin...

Tuesday, February 23, 2010

WANITA OH WANITA

Assalamualaikum… Mari ikuti kisah ini.

Di dalam kelas KAFA kedengaran perbualan antara ustazah dan beberapa orang anak muridnya:

Ustazah: Assalamualaikum semua…
Pelajar: Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ustazah.
Ustazah: Baik semua boleh duduk dan baca doa.

Kelas pada hari itu berjalan seperti biasa. Selepas mengaji kelas diteruskan dengan pembelajaran Fardhu ain pula seperti aqidah, ibadah, sirah, akhlak dan sebagainya.

Ustazah: ok, ustazah nak kamu semua buka buku Aqidah muka surat 5. Ustazah nak
kamu baca sendiri dulu lepas tu ustazah nak soal sorang-sorang, boleh?

Pelajar: Boleh ustazah, tapi ustazah janganlah tanya soalan yang susah-susah nanti
kitorang terkial-kial nak jawab.

Ustazah: ok.

Semua pelajar masing-masing sibuk membaca, bimbang soalan yang bakal diberikan tidak dapat dijawab dengan baik.

Tiba-tiba…

Syaif: Ustazah-ustazah, kenapa ustazah tanggal cermin mata?
Ustazah: Tak de apa lah, ustazah cuma penat sikit, kalau pakai cermin mata rasa macam
lagi penat. Sebab tu ustazah tanggalkan sekejap.
Syaif: ooo.. macan tu.
Zaakimi: Ustazah, ustazah nampak lain lah kalau tak pakai cermin mata.
Ustazah: Lain? Kenapa pulak? Ustazah bukan tanggalkan muka ustazah, macam mana
boleh jadi lain?
Zaakimi: lain sebab dah tak de penghalang. Sebelum ni kitorang tak boleh tengok mata
ustazah sebab cermin mata halang. Sekatang baru nampak mata ustazah yang
betul-betul.
Ustazah: Ish kamu ni ada-ada je, mana ada beza. Dah-dah baca, sekejap lagi ustazah nak
tanya.

Kelas senyap seketika..

Tiba-tiba..

Syaif: Ustazah, hari tu kan saya ikut ayah pergi masjid dengar ceramah. Dalam
ceramah, ustaz tu kata lelaki ni boleh jadi lemah bila pandang mata perempuan.
Sebab tu ramai lelaki bila bercakap dengan perempuan dia tak pandang mata.
Syukrie: ha ah betul ustazah, saya pun pergi dengar jugak. Kenapa lelaki lemah bila
pandang mata perempuan ustazah?
Syaif : Eh tak kan x dengar ustaz tu cakap hari tu sebab mata hitam perempuan lebih
besar dari mata hitam lelaki..
Ustazah: mmm, betul lah apa yang kamu cakap tu. Sebenarnya apabila seseorang wanita
melangkah saja keluar dari rumah maka banyaklah syaitan yang menghiasi
tubuh badan wanita tersebut termasuklah matanya. Jadi apabila seseorang lelaki
yang bukan muhrim pandang mata wanita dia akan nampak cantik sebab syaitan
dah menghiasi mata wanita tersebut. Kamu pernah dengar tak istilah ‘dari mata
jatuh ke hati’?
Zaakimi: Pernah-pernah ustazah. Saya tengok dalam tv.
Ustazah: Ok, dalam hati manusia ni ada penyakit. Bila dah di mata, maka akan turun ke
hati. Jadi bila dah sampai ke hati, hati lelaki akan jadi lemah dan akan mula
timbul suatu perasaan. Jadi itulah pentingnya iman dalam hati supaya perasaan
yang timbul tu tak dikuasai oleh syaitan dan akhirnya timbullah perasaan jahat
dalam hati yang boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak elok.
Syaif: Ooo, macam tu. Saya pun tak nak lah tengok mata perempuan..
Syukrie: Saya pun ustazah.

Kelas berjalan lancar sehingga waktu tamat…

P/S: Bukan lelaki sahaja yang perlu menjaga mata, tetapi wanita juga mesti menjaga mata, dalam istilah arabnya ‘ghodul bashor’. Ditambah dengan cara pemakaian wanita, jadi wanita wajib berpakaian menutup aurat agar syaitan-syaitan hanya mampu menghiasi pakaian wanita sahaja bukan tubuh badan wanita.

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimumenjadi sebarangan bunga yang tetap juga indahtetapi sayangnya tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenag-wenangnya di dekati sang kumbang, lantas tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah yang ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’. Dengan pagaran duri itu kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan selamat bermujahadah… Wallahu’alam…

Monday, February 8, 2010

HAKIKAT CINTA HAKIKI

Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Pernah saya bertanya kepada seorang kenalan apakah yang difahami mengenai pengertian cinta, apa itu cinta yang sebenar-benarnya. Jawapan yang saya terima ialah ‘cinta tu kasih sayang, pengorbanan, romantic, caring antara seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang bercinta’. Adakah benar itu jawapannya? Di dalam buku yang bertajuk ‘Kisah Cinta Dalam Al-Quran’ karangan Misbah Em Majidy, pengertian cinta adalah kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang dilihat, dikira dan dirasa baik.

Ramai di antara kita yang tersalah tafsir mengenai cinta. Cinta bukan sahaja sesama manusia malah kepada benda, tumbuhan, haiwan, sikap dan sebagainya yang difikirkan baik dan cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah dan Rasulallah.

Cinta adalah suatu yang mulia jika ianya di letakkan ditempat yang sepatutnya. Akan tetapi betapa sayangnya apabila cinta yang pada hakikatnya begitu mulia diletakkan pada tempat yang salah dan dengan cara yang salah. Manusia dianugerahkan dengan perasaan cinta sejak azali, fitrah manusia juga ingin menyintai dan dicintai. Kita tidak dapat menolak cinta yang terdapat di dalam hati dan jiwa kita akan tetapi kita mampu mengawal perasaan tersebut agar ianya selari dengan kehendak dan tuntutan Syariat Islam.

Apabila kita perhatikan masyarakat kita pada hari ini, terutama golongan pemuda dan pemudi muslim yang sepatutnya menjadi harapan kepada Agama dan Negara telah dimomokkan denga perkataan ‘CINTA’. Bagi mereka cinta yang tidak terpelihara begitu seronok sehinggakan ada yang sanggup menggadai maruah demi cinta kepada sang kekasih. Bak kata yang sering diperkatakan ‘DEMI CINTA KITA, LAUTAN API SANGGUP KU RENANG’. Memang lautan api sanggup direnangi akan tetapi adakah kita sanggup merenangi lautan api neraka Allah yang telah disediakan bagi hamba-hambanya yang berdosa?

Saya ingin bertanya kepada kalian, sudah pasti kalian tidak pernah dan tidak akan lupa akan tarikh penting yang akan datang setiap tahun, terikh keramat bagi pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta bukan? 14 Febuari setiap tahun adalah hari yang penuh meriah dengan sambutan ‘VALENTINE DAY’ atau di dalam bahasa melayunya ialah ‘HARI KEKASIH’. Setiap pasang kekasih akan bersama-sama berdua-duaan menyambut hari tersebut dengan sejambak mawar merah dan sebentuk cincin yang ingin di hadiahkan kepada sang kekasih.

VALENTANE DAY bukanlah budaya Melayu malah lebih jauh dari Syariat Islam. Kenapa harus kita mengagungkan budaya barat tersebut sedangkan banyak lagi tarikh bersejarah di dalam Islam yang perlu kita ingat dan hayati. INGAT!!! BERCINTA TIDAK SALAH, TETAPI MEMUJA CINTA ITU YANG SALAH. Waallahu’alam….

BUAT SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGANKU YANG AMAT KU SAYANGI DAN KU RINDUI…..

Sahabat-sahabatku,
Masih segar di ingatanku detik fawatih perkenalan kita,
Kita saling berta’aruf antara satu sama lain,
Kita saling mengenali walaupun kita semua dari pelbagai bidang,
Kita sama-sama ditarbiyyah dan sama-sama bersusah payah,
Kita dilatih menjadi seorang jundi Allah,
Kita dibentuk menjadi insan soleh dan solehah,
Kita diajar bagaimana menjadi mujahid dan mujahidah.

Semakin lama ku mengenali kalian,
Semakin kuat kasih sayangku kepada kalian,
Semakin banyak ku mengetahui tentang kalian,
Semakin kuat ukhuwah antara kita.

Sahabat-sahabatku,
Kisah suka duka antara kita amat berharga buat diriku,
Kita ditekan, diancam dan dimusuhi oleh insan-insan yang benci kepada kita,
Bagaimana susah-payah kita mencari kader-kader baru untuk meneruskan perjuangan kita,
Bagaimana sukarnya kita mentarbiyyah adik-adik untuk menjadi mujahid dan mujahidah,
Bagaimana hebatnya masalah-masalah yang terpaksa kita hadapi,
Namun kita tetap teguh meredah segalanya.

Sahabat-sahabatku,
Tidak ku nafikan kadang kala kita bermasam muka,
Kadang kala kita memendam rasa,
Kadang kala kita saling menyalahkan antara satu sama lain,
Tetapi itulah asam garam berukhuwah dan bersahabat,
Itulah perencah perjuangan,
Itulah yang membuatkan kita semakin rapat.

Sahabat-sahabatku,
Nasihat-nasihat kalian amat berguna buat diriku,
Kalian beri kekuatan dikala ku kelemahan,
Kalian beri inzar ketika ku dalam kelalaian,
Kalian beri teguran ketika aku tersalah dan tersilap,
Kalian beriku kasih sayang ketika ku rasa disisih.

Sahabat-sahabatku,
Kini semua itu telah berakhir,
Kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar,
Kita terpaksa berpisah buat sementara waktu,
Tugas kita sebagai seorang mujahid dan mujahidah yang sebenar,
Untuk menegakkan kalimah Laa ilaha illallah di bumi ini,
Aku redho akan perpisahan ini sahabat.

Sahabat-sahabatku,
Ukhuwah kita terletak di hati, bukan pada jasad-jasad kita,
Walau jauh mana jarak kita,
Walau lama mana kita tidak bersua,
Hakikatnya kita tetap bersama,
Bersatu di dalam hati-hati kita.

Sahabat-sahabatku,
Hanya satu yang kupinta,
Jangan pernah kalian melupakan segala kenangan manis antara kita,
Jangan pernah kalian hilangkan rasa cinta antara kita,
Jangan pernah kalian mendiamkan diri tanpa berita,
Kerana aku amat menyayangi kalian.

Sahabat-sahabatku,
Akhir kalam dariku,
Teruskan perjuangan di posisimu,
Suatu masa kita akan bertemu,
Sama ada di dunia atau di JANNATUL FIRDAUSI.
INSYAALLAH.

Wednesday, January 27, 2010

HAKIKAT KEHIDUPAN

Hidup ini x ubah seperti roda... Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Itu adalah lumrah kehidupan. tidak disenangkan terus kerana bimbang tersasar langkah dengan kesenangan yang berterusan, juga tidak disusahkan juga berpanjangan kerana kasih sayangNya.

Manusia hidup dengan matlamat untuk mengabdikan diri kepada Pencipta, jadi seluruh kehidupan kita mestilah diarahkan kepada matlamat tersebut. tidak kira kita berada di dalam situasi senang atau susah, kerana kita adalah manusia.

setinggi mana pun kita hakikatnya yang paling tinggi adalah Allah, jangan kita menyombongkan diri jika kita berada diatas sedikit daripada orang lain kerana mungkin kita akan berada di bawah suatu hari nanti dan memerlukan bantuan orang lain...

Pandang2, renung2 dan selamat beramal.

Tuesday, November 24, 2009

ERTI SEBUAH EIDULADHA

Assalamualaikum...
Eiduladha lebih dikenali dengan Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji kerana hari raya ini disambut pada bulan Zulhijjah (Bulan Haji) dan pada hari raya tersebut juga dilaksanakan ibadah qurban. Apabila munculnya Hari Raya Qurban setiap tahun, maka ramailah dikalangan rakyat Malaysia yang berugama Islam sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut hari lebaran itu. Walaupun Hari Raya Qurban tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri, namun ianya tetap disambut dngan meriah di sesetengah negeri di Malaysia.

Tidak kiralah bagaimana kita menyambut Hari Raya Qurban, ada yang meriah ada yang kurang meriah, apa yang penting penghayatan kita terhadap Hari Raya Qurban itu sendiri. Apakah sejarah yang berlaku pada tarikh tersebut? Peristiwa yang terakam di dalam al-Quran al-Kareem mengenai pengorbanan dan ketaatan yang begitu besar oleh Nabi Allah Ibrahim 'alaihissalam dan juga anaknya Nabi Allah Ismail 'alaihissalam. Bagaimana seorang ayah diperintahkan oleh Allah swt supaya menyembelih anaknya sendiri dan bagaimana seorang anak yang mana ayahnya diperintahkan olah Allah swt supaya menyembelih dirinya? Akan tetapi disebabkan kecintaan yang mendalam terhadap Allah swt dan ketaatan yang tinggi kepada Allah swt, perintah tersebut ditaati dengan rela hati oleh Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail.

Begitulah besarnya pengorbanan Nabi-Nabi kita. bagaimana pula dengan kita? Adakah kita mampu untuk mentaati perintah Allah swt dengan rela hati kerana keimanan kita terhadap Allah swt? Berapa ramai diantara kita yang tidak mentaati perintah Allah yang dikira terlalu kecil jika hendak dibandingkan oelh nikmat Allah yang terlalu besar kepada hamba-hambanya. Renung-renungkan dan selamat menyambut Hari Raya Eiduladha.. Jangan terlalu membazir menyambut Hari Raya, sambutlah sekadarnya... Wassalam.

Saturday, August 29, 2009

WANITA SOLEHAH

HARTA YANG PALING BEHARGA DI DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH

Wanita ibarat bunga….cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara…yang kekal menjadi pujaan manusia hanyalah yang mulia akhlaknya…kerana akhlak itu umpama bunga diri…tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk…tiada guna berwajah cantik tetapi kosong dari ilmu…ibarat bunga…ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya…ada pula yang kurang menarik dan baunya kurang menyenangkan…ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan kasar…tetapi bila dihalusi dengan mata hati ternyata tinggi nilainya.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan suatu banngsa terletak ditangan wanita…oleh yang demikian,Allah telah menetapkan hukumnya keatas mereka,walaupun berat pada pandanggan mata si jahil dan ingkar tetapi itulah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah sebagai anak,dia menjadi anak yang solehah…sebagai remaja,dia akan menjadi remaja yang berhemah…sebagai iateri,dia akan menjadi isteri yang akan menyenangkan dan menenangkan hati suaminya…sebagai ibu,dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih-sayang dan pastinya sebagai hamba Allah,dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepadNya

WANITA SOLEHAH

HARTA YANG PALING BEHARGA DI DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH

Wanita ibarat bunga….cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara…yang kekal menjadi pujaan manusia hanyalah yang mulia akhlaknya…kerana akhlak itu umpama bunga diri…tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk…tiada guna berwajah cantik tetapi kosong dari ilmu…ibarat bunga…ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya…ada pula yang kurang menarik dan baunya kurang menyenangkan…ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan kasar…tetapi bila dihalusi dengan mata hati ternyata tinggi nilainya.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan suatu banngsa terletak ditangan wanita…oleh yang demikian,Allah telah menetapkan hukumnya keatas mereka,walaupun berat pada pandanggan mata si jahil dan ingkar tetapi itulah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah sebagai anak,dia menjadi anak yang solehah…sebagai remaja,dia akan menjadi remaja yang berhemah…sebagai iateri,dia akan menjadi isteri yang akan menyenangkan dan menenangkan hati suaminya…sebagai ibu,dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih-sayang dan pastinya sebagai hamba Allah,dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepadNya

Monday, August 3, 2009

UJIAN...

Ujian adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepada hambaNya yang mengaku beriman kepadaNya. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya tak kira ianya perkara yang menggembirakan atau perkara yang menyedihkan. Apabila menerima berita gembira mungkin Allah hendak menguji sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat kegembiraan yang Allah kurniakan kepada kita. Ada sesetengahnya tiada sedikit pun rasa syukur terhadap nikmat yang diperolehinya, wal'iyazubillah.. Apabila kita diuji dengan perkara yang menyedihkan, maka ketika itu terasa diri kita terlalu hampir dengan Allah, segala masalah diadukan kepada Allah, segala kehendak dipinta dari Allah. Diri kita merasakan terlalu kerdil, dhoif, lemah dan terlalu kecil di sisi Allah.. Fikir dan renungkan, bukankah itu tandanya Allah sayang kepada kita, Allah rindukan kita untuk sentiasa dekat padaNya. Seperti yang terkandung di dalam surah al-Ankabut ayat 2. Firman Allah yang bermaksud:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman" sedang mereka belum diuji".

Bagi seorang pejuang Islam, ujian bukan halangan akan tetapi adalah satu cabaran untuk lebih maju ke hadapan.. Ujian adalah satu tarbiyah kepada untuk lebih tabah dalam menempuh kehidupan seorang pejuang yang terlalu banyak cabaran. Seorang pejuang tidak akan mengeluh apabila diuji. seorang pejuang akan sentiasa tersenyum dengan ujian yang menimpa dirinya kerana dia yakin setiap sesuatu yang Allah tetapkan pasti ada hikmahnya.

Satu hakikat yang perlu kita sedar. Musibah adalah ujian dan nikmat juga adalah ujian. akan tetapi mengapa kita sering menganggap bahawa nikmat itu bukan satu ujian. Renungkan dan fikirkan bersama. Wallahu'alam..

Wednesday, April 15, 2009

UKHUWAH

TA'AWUN, TANAASUR DAN TARAAHUM

Ta'awun (saling tolong menolong), tanaashur (saling mendukung) dan
taraahum (saling berkasih sayang) adalah merupakan buah dari
ukhuwah. Karena apalah artinya berukhuwah jika kamu tidak membantu
saudaramu ketika memerlukan dan menolongnya ketika dia ditimpa oleh
cobaan, serta belas kasihan kepadanya ketika ia lemah.

Rasulullah SAW telah menggambarkan tuiuan saling tolong menolong dan
keterikatan antara kaum Muslimin dalam bermasyarakat antara yang
satu dengan lain dengan gambaran yang mantap. Sebagaimana dalam
sabdanya:

"Mukmin yang satu dengan yang lainnya bagaikan sebuah bangunan yang
saling memperkuat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya.
(Rasulullah SAW sambil memasukkan jari-jari tangan ke sela jari jari
lainnya) (HR. Muttafaqun 'alaih)

Satu batu merah tentu saja lemah, meskipun terlihat kuat. Dan seribu
batu bata yang berserakan (tidak teratur), tidak mampu berbuat apa-
apa yang tidak bisa berbentuk bangunan. Akan terbentuk bangunan yang
kuat manakala batu bata itu disusun dengan teratur dalam susunan
yang rapi dan kokoh sesuai dengan aturan yang berlaku. Ketika itulah
akan terbentuk dari batu-batu tersebut dinding yang kokoh dan dari
dinding-dinding itu akan terbentuk rumah yang kuat pula, yang
tidak mudah dirobohkan oleh tangan-tangan yang merusak.

Rasulullah SAW dalam hadits lainnya juga menggambarkan keterikatan
masyarakat Islam antara yang satu dengan yang lainnya dalam bentuk
cinta dan kasih sayang sebagai berikut:

"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam (menjalin) cinta dan kasih
sayang diantara mereka bagaikan tubuh yang satu, apabila ada anggota
(tubuh) yang merasa sakit, maka seluruh anggota yang lainnya merasa
demam dan tidak bisa tidur."
(HR. Muslim)

Anggota tubuh yang satu dengan yang lainnya saling membutuhkan dan
tidak bisa terpisah serta tidak akan bisa hidup sendiri-sendiri.
Maka tidak bisa terpisah antara alat pernafasan dengan alat
pencernaan, atau keduanya dengan tekanan darah. Masing-masing saling
menyempurnakan satu dengan yang lainnya. Maka dengan kerjasama antar
bagian tubuh dan saling membantu, seluruhnya akan hidup dan akan
terus berkembang dan bisa berperan aktif.

Rasulullah SAW juga bersabda:

"Orang-orang Muslim itu darahnya saling menyuplai, yang lemah di
antara mereka akan berusaha membebaskan tanggungannya dan yang kuat
di antara mereka berusaha menyelamatkan yang lemah, mereka adalah
satu tangan (kekuatan) untuk menghadapi pihak-pihak selain mereka
(musuh-musuh mereka), yang kuat membantu yang lemah dan yang cepat
menolong yang lambat." (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW juga memasukkan unsur (pemahaman) baru dalam menolong
Muslim terhadap Muslim lainnya, yaitu dengan sabdanya:

"Tolonglah saudaramu, baik yang berbuat zhalim maupun yang
dizhalimi," Nabi ditanya, "Kalau yang dizhalimi kami bisa menolong,
bagaimana dengan orang yang menzhalimi wahai Rasulullah? Nabi SAW
bersabda, "kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegah dia dan
kezhaliman, itulah cara kita menolongnya." (HR. Bukhari)

Al Qur'an Al Karim mewajibkan saling menolong dan memerintahkannya
dengan syarat dalam hal kebaikan dan ketaatn. Ia mengharamkan dan
melarang saling menolong dalam perbuatn dosa dan permusuhan, Allah
SWT berfirman:

"Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan
taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan
pelanggaran." (Al Maidaah: 2)

Al Qur'an juga memerintahkan agar orang-orang yang benman antara
sebagian dengan sebagian lainnya saling berwalat (mendukung), itulah
salaO5 tu konsekuensi keimanan, sebagaimana dalam firman Allah SWT: "Dan orang-orang yang berimaO5 elaki dan perernpuan, sebagimana
mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh
(mengerjakan) yang ma'ruf ncegah dari yang munkar." (At tubah: 71)

Ini sebagai kebalikan dari sifat-sifat orang munafik yang juga
berbuat demikian, sebagaimana firman Allah SWT:

"Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian dengan
sebagian yang lain adalah sama mereka menyuruh berbuat yang mungkar
dan melarang berbuat yang ma'ruf." (At Taubah: 67)

Sebagaimana dilakukan juga oleh para sahabat, Allah SWT berfirman
tentang mereka sebagai berikut :

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama
dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih
sayang sesama mereka."
(Al Fath: 29)

Maksud dari ayat di atas adalah agar yang kuat itu membantu yang
lemah yang kaya mengulurkan tangan kepada yang miskin. Hendaknya
seorang yang alim mengajari yang bodoh, yang tua mengasihi yang
muda, begitu pun yang muda menghormati yang tua, dan hendaknya yang
bodoh itu mengetahui kewajibannya terhadap yang alim, dan hendaknya
seluruh kaum Muslimin berada dalan satu shaf untuk menghadapi
tantangan dan konsO5 si (persekongkolan) musuh baik dalam
keadaan perang maupun dalam keadaan damai. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya
dalam keadaan berbaris (bershaf-shaf), seakan-akan mereka bagaikan
bangunan yang tersusun kokoh."(As-Shaf: 4)

Monday, March 30, 2009

UKHUWAH

Apa yang sahabat-sahabat semua faham tentang persaudaraan dalam Islam? Adakah ianya hanya persaudaraan di atas dasar pertalian darah sahaja? insyaAllah kita akan bincangkan di masa akan datang....

WASIAT IMAM SYAFIE

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadipedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanandan peringatan daripada imam muktabar iaitu imamAs-Syafi'e rahimahullah


1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannyailmu apa yang hanya dihafaz semata-mata


2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampumengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakitiorang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserahdiri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.


3. Imam Syafi'e telah ditanya tentang tabiatnya yangsuka menggunakan tongkat sedangkan beliau bukanlahtelah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agaraku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanyasebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah


4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitubenar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikansegala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikankewajipan yang diamanahkan


5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai danbukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudahboleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapatkeredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukanperkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalahberbuat demekian.


6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidakmeluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yangmerasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapatmenerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redhadengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk padaperintahNya


7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diamdan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir


8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yangtunduk dan patuh pada mereka yang tidakmenghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatuyang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerimapujian daripada mereka yang tidak dikenalinya


9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka diahendaklah berbaik sangka terhadap orang lain


10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepadarakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya diatelah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yangmenasihati secara terang maka dia telah menyakiti danmengkhianatinya.


11. Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar diatas segala kesusahan di dalam mencapainya


12. Apabila telah tetap perkara asal di dalam hatimaka lidah akan berkata mengenai cabangnya ( hasil )


13. Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka diahendaklah ihklas dengan ilmu


14. Sekiranya manusia berfikir mengenai kandungansurah al-Asr maka sudah mencukupi


15. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang diasudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Makadengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yangtelah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripadameO5 ma pelajaran dan berhenti daO5 da belajar


16. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin keranaapabila sudah menjadi pemiO5 engkau tidak mempunyaijalO5 agi untuk mendalami ilmu


17. Perdalamkanlah segala masalO5 lmu agar ia tidakakan menyempitkan masamu


18. Keelokan oarng yang berilmu ialah mulia O5 dankecantikan ilmu pula iO5 warak dan berlemah lembut O5 9.Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai duniadan dalam masa yang sama dia mencintai Penciptanyamaka sebenarnya dia telah berbohong


20. Sekalipun seseorang itu bersungguh-sungguh untukmencapai keredhaan manO5 maka tidak akan menemuijalan ke arah itu. Oleh itu dia heO5 lahmengikhlaskan amalannyaO5 ara dia dan Allah Tidak mengetahui seseorang tentang riya?O5 ermegahdengan amalan ) melainkan orang yang benar-benariO5 s
21. Sesorang itu tidak mampu untuk menghukum tentangsesuatu samaada halal atau haram melainkan dengan ilmuyang dimiliki
22. Sesiapa yang tidakO5 uliakan oleh taqwa makatiada kemuliaan baginya
23. Terlalu mengharapkan kelebihan duniO5 rupakanazab Allah kepada aO5 tauhid ( beragama )
24. Sesiapa yang membenarkan sahabatnya maka diterimaamalan, ditutup keburukan dan diampun kesalahannya
25. Sesiapa yang engkau redha akan menyebut-nyebut(pO5 pada sesuatu yang tiada padO5 rimu begitulahjuga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut(keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu
26. Politik pergaulan manusia berlainan dO5 n politikpergaulan binatang
27. Orang berakal ialah meO5 yang mana akalnya mampumengawasi dirinya daripada segala kejahatan
28. Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapandan hawa nafsu maka mereka akan melarikan diridaripada keduanya sebagaimana mereka melariO5 diridari harimau
29. Bagi akal itu ada penghujungnya, begitulah jugadengan sabar yang mana ada penghujungnya
30. Sesiapa yang menyimpan rahsianyO5 ka kebaikanberada di tangannya
31. Sekiranya ulama? yaO5 eramal dengan ilmu merekatidak boleh dianggap waliullah maka aku tidak tahulagi adakah bagi Allah itu wali
32. Jika aku tahu dengan meminum ais sejuk akanmengurangkan maruahku neO5 a aku tidak akan minummelainkan air panas