Monday, April 2, 2012

MARAHKAH KITA?

"Engkau memang tak guna"
"Saya tidak suka berkawan dengan awak"
"Maaf saya tidak dapat menerima kamu"

Dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak perkara yang menimbulkan kesedihan, menaikkan kemarahan di hati kita.. cuba kita lihat, selama kita hidup adakah pujian atau kejian yang kita dapat dari insan-insan yang berada di sekeliling kita? Perhatikan juga pergaulan kita dengan insan di sekeliling, adakah lebih ramai rakan atau musuh yang memonopoli kehidupan kita?

"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab" Nabi telah mengingatkan kita supaya menghisab diri kita dahulu.. Adakah segala yang terjadi berpunca dari orang lain atau diri kita sendiri? Jika kita dapat kejian, hati kita menjadi terlalu sedih memikirkannya, kita menjadi marah terhadap insan yang telah mengeji kita, kita sering mencari jalan untuk membalas dendam dengan menghina insan itu semula. Namun adakah pernah kita berfikir, kenapa kita dikeji? kenapa kita sering tidak disukai? mungkin dengan sikap kita membuatkan mereka tidak menyukai? mungkin banyaknya kesalahan yang tidak kita sedari membuatkan insan lain mengeji kita? jangan terlalu mengikut hati yang marah, jangan terlalu mengikut hati yang sedih.. Gunakan akal bersama hati yang jernih bagi menghadapinya.

Ramai yang mengatakan Rasulullah, kekasih Allah yang dijanjikan syurga, insan yang maksum tanpa sebarang dosa juga dibenci dan dikeji. Adakah Baginda Rasulullah juga melakukan kesalahan? adakah Rasulullah juga Berakhlak tidak baik? Ingatlah, sesungguhnya ujian Allah terlalu banyak bentuknya. Jika telah difikir-fikirkan apa kesalahan kita kepada insan lain menyebabkan kita dikeji dan dihina, namun tidak dijumpai, setelah difikir-fikirkan kita juga sudah sedaya upaya untuk berakhlak dengan akhlak yang baik, namun tetap dibenci, ingatlah kita juga sedang diuji. Janganlah kita marah dan bersedih diatas ujian tersebut. Yakinlah bahawa ada hikmah disebalik kejian dan kebencian itu.

Berusahalah menjadi yang terbaik walaupun sehingga kini kita tetap tidak dipandang yang terbaik oleh insan lain, namun yakinlah Allah tetap menilai kita disetiap niat dan usaha kita. Jangan marah, jangan sedih... Jika kita ditempat yang benar, kebahagiaan pasti menanti..

No comments:

Post a Comment