Thursday, January 19, 2012

MENGHARAP REDHO ALLAH SEBELUM REDHO MANUSIA

Assalamualaikum... Sudah lama tidak update blog ni. Rindu sudah untuk mengarang walaupun diri ni rasanya tidaklah layak untuk memberikan nasihat. Namun, langkah seorang daie mesti diteruskan. Mafhum kepada Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat'.. Subhanallah.. Indahnya Islam, semua Ummatnya berhak untuk menyampaikan walaupun diri masih merasakan terlalu dhoif.

Apa yang penting di sini, dalam setiap langkah hidup kita mestilah bertunjangkan mardhotillah.. Mengejar redho Allah dalam setiap langkah kehidupan. Kenapa saya kaitkan di sini redho Allah dengan dakwah? Mungkin ada di kalangan pembaca sekelian yang mengetahui maksudnya. Apabila kita berada di jalan dakwah, maka posisi tersebut amat berkait rapat dengan redho Allah dan redho manusia.

Tidak dinafikan ramai para pendakwah berhenti berdakwah di tengah jalan kerana tidak mampu mengharungi segala mehnah dalam perjuangan dakwah.. kadang-kadang para pendakwah kekurangan ilmu dakwah yang akan mengakibatkan kurangnya penerimaan mad'u terhadap apa yang disampaikan. Method yang digunakan kurang berkesan dan tidak sesuai digunakan pada sesetengah keadaan. Banyak lagi faktor mengapa dakwah kurang berkesan.

Namun para pendakwah sekelian, ingatlah redho Allah melebihi redho manusia. Dalam perjalanan kehidupan kita tidak akan lari dari kebencian manusia kepada kita. Tidak kira sama ada kita berbuat baik atau sebaliknya, kerana hati manusia itu berlainan. Kita menegur saudara seislam kita untuk kebaikan, tetapi saudara kita itu tidak boleh menerima teguran yang kita sampaikan, lalu hilanglah redhonya terhadap kita. Tapi cuba kita fikirkan sejenak, apakah redho manusia itu lebih penting dari redho Allah? Yakinlah kita telah melakukan kebaikan terhadapnya dan yakinlah kita telahpun mendapat redho Allah dalam tindakan kita itu..

Mungkin kita kurang berminat dengan redho Allah kerana redho Allah itu tidak nampak seperti nampaknya seketul emas di depan mata. Namun redho Allah adalah lebih beharga dari seketul emas itu. Jadi mari kita mencari redho Allah dalam setiap saat dalam hidup kita kerana redho Allah adalah salah satu tanaman untuk kita tuainya di akhirat kelak. Inzar buat diri, sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja yang ingin memiliki redho Allah.. Wassalam.

No comments:

Post a Comment