Monday, March 23, 2009

HIDUP SEORANG PEJUANG

Seorang pejuang yang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi ini tidak pernah mengenal erti penet lelah malah sepanjang hidup mereka tidak pernah dihidangkan dengan kesenangan. Setiap masa bersengkang mata menjalankan tugas sebagai seorang daie @ pejuang. Memikirkan masalah umat Nabi Muhammad s.a.w yang semakin jauh dari panduan al-Quran dan as-Sunnah Rasulallah s.a.w.

Namun seorang pejuang tidak pernah mengeluh akan perjalanan hidupnya yang boleh dikira perit dan menyakitkan. Tidak pernah menyalahkan takdir yang membuat hidupnya tidak sesenang @ semudah insan lain. Kerana seorang pejuang mengidamkan istirehat yang dianugerahkan oleh Allah di Syurga nanti. Nikmat yang tidak terhingga kelazatannya.. Perkara yang tidak pernah dikecapi oleh seorang pejuang di dunia akan di rasai di sana.

Beginilah kehidupan seorang daie. Merasa dirinya bertanggungjawab keatas saudaranya seIslam. bimbang akan umat Rasulallah s.a.w akhir zaman ini, yang diibaratkan oleh Rasulallah seperti buih di lautan, banyak akan tetapi tidak bersatu. Bukan sekadar cara hidup yang tidak menepati syariat malah ada sesetengahnya yang telah terpesong aqidahnya, wal'iyazubillah. Atas dasar kasih dan sayang seorang pejuang terhadap Agamanya dan saudaranya, maka ia sanggup mengorbankan dirinya demi kepentingan itu.

Semoga apa jua yang dilakukan oleh insan yang bergelar pejuang akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t di Akhirat nanti, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment