Tuesday, March 30, 2010

KESABARAN...

Sedar tak sedar dah hampir setahun ana meninggalkan alam kampus. Rindu pula rasanya untuk menuntut ilmu kembali. Tentu sahabat2 yang berada di kampus tengah sibuk study kan, al-maklumlah peperiksaan akhir hampir menjelang... Zaman yang tidak dapat ana lupakan. Alam kampus mengajar ana erti perjuangan sebenar, belajar hidup dalam keadaan serba kekurangan (kewangan dan masa). perkara yang paling ana tak dapat lupakan adalah bertemu sahabat2 yang banyak membantu ketika sukar dan banyak memberi kekuatan ketika ana lemah untuk meneruskan perjuangan, sahabat yang sama2 berhujan berpanas, sahabat yang sentiada mengambil berat ketika sakit, sahat2 yang tidak tidur malam memikirkan jalan terbaik untuk membawa adik2 ke jalan sebenar. Rindu hati ini untuk bertemu kalian, semoga terus thabat dalam perjuangan walau di mana pun kalian.

Tanggungjawab dakwah yang perlu dipikul menyebabkan diri ini kadang2 terlalu lemah untuk melangkah. Ditambah pula orang2 yang berada disamping tidak memahami perjuangan yang dibawa. Bukan senang untuk berdakwah kepada keluarga sendiri. Begitu sukar untuk menunjukkan kepada mereka jalan perjuangan sorang muslim sejati. Jalan yang mana tidak dihamparkan dengan permaidani merah tetapi jalan yang penuh ranjau dan duri. Perjuangan yang tidak tahu bila akan menanang. Walaubagaimanapun dakwah tetap dakwah, usaha untuk menunjukkan Qudwah hasanah kepada mereka serba sedikit telah berjaya membawa mereka berubah sedikit demi sedikit, Alhamdulillah...

Zaman kemajuan yang dari sehari ke sehari melahirkan semakin banyak cerdik pandai menyebabkan semakin ramai graduat tidak mendapat pekerjaan yang sesuai. Jika zaman dahulu kerja mencari graduat, tetapi sekarang graduat yang perlu mencari kerja malah perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik. kerajaan pula telah menaikkan lagi umur bersara bagi kakitangan kerajaan menjadikan semakin sedikit peluang pekerjaan yang dibuka. Ditambah pula ada sesetengah pihak yang tidak telus dalam urusan pemilihan kakitangan baru, yang tidak berpotensi diambil bekerja kerana mereka adalah ahli keluarga dan dahabat handai mereka, manakala yang lebih baik tidak mendapat tempat yang selayaknya, ish, ish, ish... tak adil betul. Walaubagaimanapun, alhamdulillah ada juga sedikit rezeki yang Allah bagi walaupun tidaklah seberapa. Kalau nak dibandingkan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang ni memang dirasakan kurang mencukupi dengan pendapatan hanya RM250/bulan dan perlu ditambah dengan kerja-kerja sampingan yang lain. Kadang-kadang timbul juga rasa sedih kerana tidak dapat membantu keluarga yang serba kekurangan dan jemaah yang memerlukan. Tetapi selalu bisikkan kehati 'Usahalah lebih sikit, InsyaAllah Allah akan membantu orang2 yang membantu AgamaNya'.

Setiap ujian yang Allah turunkan kepada kita adalah kerana sayangNya kepada hamba2Nya supaya lebik dekat dan akrab dengan Nya. Setiap hamba mestti di uji, cuma bentuk ujian sahaja yang berbeza mengikut kemampuan seseorang. Ucaplah alhamdulillah apabila diuji kerana itulah tanda kasih sayang Allah kepada kita. Wallahu'alam...

Sunday, March 14, 2010

HATI TENAGLAH DALAM CINTA ILAHI

MUSLIMAH SEJATI WANITA DIKASIHI WANITA SOLEHAH
MUSLIMAH SEJATI
Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti. Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman. Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang. Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.
WANITA YANG DIKASIHI
Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang. Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah.
WANITA SOLEHAH
Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan. Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi. Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah.

MADAH ABDUL GHANI, PENYAIR SUFI.

Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Allahu rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu rabbi
Azinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukalah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.
Ya Allah, peliharalah hati ini agar terus-terusan memburu cinta dan redhoMu, janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam mengatur hidup ini kerana hati ini menjadi rebutan antara malaikat yang mulia dan syaitan yang hina. Ya Allah, bimbinglah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa hidup mengikut syariatMu, anugerahkanlah aku ketenangan hati dan sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayangMu.. Amin...